Rahsia sufi

Rahsia sufi

Image
' Rahsia sufi ' - As-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

ISBN   : 9789971776565
Penerbit  : Pustaka Nasional, 2012
No. Panggilan :BP189 .S94 2012
Tahun diterbitkan : 2012
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=69262
Sebuah karya yang mantap mengenai kehidupan para sufi dan orang yang memilih ke jalan Allah untuk mencapai makrifat kepada tuhan yang menciptakannya. Karya ini dipecahkan kepada 24 bab iaitu: 1. Asal kejadian 2. RuhulQudus 3. Taqwa kepada Allah 4. Berkenaan Ilmu 5. Taubat 6. Tasawuf 7. Zikrullah 8. Memandang Allah 9. Penyingkapan hijab 10. Nikmat iman 11. Orang orang sufi 12. Pembersihan diri 13. Solat 14. Darjat insan kamil. 15. Zakat dari sudut thariqat 16. Puasa 17. Ibadah haji 18. Dzauq 19. Khalwat/uzlah 20. Solat dan doa dalam uzlah 21. Mimpi 22. Sufi hakiki dan sufi palsu 23. Nasihat 24. Tawakkal.

Penulis iaitu Syekh Abdul Qadir Jailani juga digelar dengan pelbagai nama yang positif seperti  Al Ghautsul A’zham iaitu waliyullah agung dan juga pengasas tarikat Qadiriyah yang mempunyai jutaan pengikut sehingga kini. Lahir pada tahun 470 hijrah di daerah Al Jil di Parsi dan wafat pada tahun 561 hijrah semasa berumur 91 tahun. Beliau telah dimakamkan di kawasan Madrasah Bab Al Daraja di Baghdad.

Karya ini telah diolah dengan baik dengan memberikan analisa dan penerangan yang mudah dan tepat agar mudah difahami oleh pembaca. Pada setengah bahagian telah ditambah nukilan daripada pelbagai buku berkaitan tasawuf bagi memberikan lebih impak kepada pembaca. Karya asal mempunyai kata kata hikmat yang tinggi pengertiannya dan perlu diolah bagi memberi kefahaman pada semua peringkat pembaca.

Karya ini juga telah digarap dengan lebih sempurna bagi mengimbang bab yang mempunyai penerangan yang agak singkat. Membaca buku berkaitan kesufian mestilah ada minat yang khusus terhadap ilmu ketuhanan dan mengenal diri. Membaca ilmu ini menuntut kesabaran yang tinggi terutama bila berhadapan dengan isu yang sulit. Ilmu kesufian merupakan ilmu yang halus sekali, pembiasaan pada amalan menjadikan iman yang lebih teguh serta menjamin ibadat  yang lebih kemas serta khusyuk.

Secara kesimpulan rahsia sufi merupakan satu ilmu mengenal tuhan. Ia menuntut kefahaman yang tinggi mengenai kejadian manusia sebagai hamba dan khalifah kepada pencipta. Ketinggian ilmu dikalangan sufi juga akan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat sekeliling. Keberkatan ilmunya boleh memberikan panduan dan keharmonian kepada masyarakat.
Image
Ulasan buku oleh:
En. Iswan Akim Ismail, Pustakawan Kanan

Print   Email