Kelas Pendidikan Pengguna:  Sesi Pengenalan Perpustakaan Dan Asas Pencarian Bahan (15 - 17 Ogos 2022)

Kelas Pendidikan Pengguna: Sesi Pengenalan Perpustakaan Dan Asas Pencarian Bahan (15 - 17 Ogos 2022)

Perpustakaan UMP telah mengadakan kelas pendidikan pengguna pada 15,16 dan 17 Ogos 2022 dalam usaha menyokong aktiviti pembelajaran secara efektif kepada pelajar baharu. Program yang diadakan secara atas talian melalui saluran Microsoft Teams itu memberi fokus kepada semua pelajar baharu diploma kemasukan Ogos 2022 bagi memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan. Program yang berlangsung tiga hari tersebut dikendalikan oleh Pustakawan Unit Pendidikan & Penyelidikan, Pn. Afffida Abu Bakar dan Penolong Pustakawan, Cik Rosfadilla Mohamad Zainun.

Objektif kelas adalah seperti berikut:
a) Pengenalan perkhidmatan, kemudahan & koleksi bahan rujukan di perpustakaan.
b) Memperkenalkan teknik asas pencarian bahan di eFind.
c) Memperkenal dan membantu pelajar meneroka sumber digital & elektronik perpustakaan (akses dari dalam & luar kampus).
Image
Image
Image
Image
Sesi pengenalan perpustakaan dan asas pencarian ini di selang-seli kan dengan sesi soal jawab dari peserta dan diakhiri dengan soalan kuiz mudah bagi menguji pemahaman peserta mengenai topik yang dikongsikan. Diharap semua peserta mendapat maklumat dan ilmu yang berharga selepas mengikuti sesi ini seterusnya diaplikasikan dalam tugasan yang mendatang.

PEMENANG-PEMENANG KUIZ
Image
Image
Image
Image
Disediakanoleh:


Puan Wan Rosnur Irma Binti Wan Mohamad
Pembantu Pustakawan Kanan
Unit Pendidikan & Penyelidikan
Disunting oleh:


Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Unit Pendidikan & Penyelidikan

Cetak   Emel