SIP boleh di akses melalui http://apps-cfm.ump.edu.my/staff/SIP/

Sistem Indeks Perpustakaan (SIP) dibangunkan dengan tujuan untuk memudahkan pencarian maklumat secara pantas menerusi indeks terhadap bahan-bahan bercetak yang terdapat di perpustakaan sahaja. SIP merupakan pangkalan data yang menyenaraikan perkataan yang terpilih yang mewakili tajuk kecil yang terdapat di dalam halaman kandungan setiap bahan perpustakaan. Indeks ini boleh dimanafaatkan oleh para pelajar, pensyarah, penyelidik dan sesiapa sahaja yang ingin membuat rujukan bahan di Perpustakaan UMP.