The Vice Chancellor Quality Award (AKNC) goes to the Library

The Vice Chancellor Quality Award (AKNC) goes to the Library

Perpustakaan menggondol dua anugerah di Majlis Apresiasi Sempena Hari Kualiti & Inovasi 2020 pada 28 Ogos 2020 yang diadakan di Kompleks Sukan Universiti. Anugerah Kualiti Naib Naib Canselor (AKNC) merupakan penyertaan kali ke dua perpustakaan pada tahun 2020 di mana kali pertama pada tahun 2018 dengan memperolehi Merit.
Image
Penilaian AKNC bagi melihat dan menilai pengurusan yang berkualiti secara menyeluruh di sesebuah jabatan. Perpustakaan mengambil masa 4 tahun bagi merancang dan melaksanakan mengikut kriteria yang ditetapkan.  Menurut Puan Hajah  Siti Aishah Ghani Penyelaras AKNC yang juga merupakan Ketua Bahagian Perkhidmatan Pengguna “kejayaan perlu  dicipta dan ia bukan tanggungjawab beberapa individu dan seksyen tetapi menjadi tanggungjawab semua warga penggerak perpustakaan”.
Image
   Anugerah Kualiti Naib Canselor
Image
Anugerah ICT -Portal PTJ Terbaik (Pentadbiran)
Perpustakaan membawa pulang Hadiah Wang Tunai sebanyak RM20,000.00, piala serta sijil kemenangan bagi Anugerah Kualiti Naib Canselor. Manakala dalam majlis yang sama juga Perpustakaan berjaya mengekalkan Anugerah ICT -Portal PTJ Terbaik (Pentadbiran) bagi tahun 2020 setelah memenanginya sebanyak 4 kali sejak tahun 2015. Perpustakaan membawa pulang Hadiah Wang Tunai sebanyak RM1,000.00, piala serta sijil kemenangan. Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMP iaitu Yang Hormat Dato' Sri Ibrahim bin Ahmad.
 
Syabas Perpustakaan!
Image