ILL / eDDS
Service provided to source out materials (printed or electronic) that are not available in the UMP Library
Perkhidmatan ILL dan eDDS disediakan bagi membantu pengguna perpustakaan mendapatkan bahan dalam bentuk asal atau salinan untuk bahan yang terdapat dan tidak terdapat di dalam koleksi perpustakaan.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN

Pinjaman Antara Perpustakaan adalah perkhidmatan untuk mendapatkan bahan (bercetak atau elektronik) yang tidak terdapat di Perpustakaan UMP. Perkhidmatan ini dijalankan di antara Perpustakaan di Malaysia. Jenis bahan yang boleh dimohon dan dibekalkan melalui ILL adalah buku dan artikel jurnal. Buku akan dikembalikan kepada institusi pinjaman dalam masa 1 bulan dari tarikh peminjaman.

Sila semak status bahan terlebih dahulu di Sistem Katalog Perpustakaan (eFind) https://efind.ump.edu.my sebelum membuat permohonan bahan. Pengguna boleh memohon dengan mengisi borang atas talian di pautan ini
https://bit.ly/UMPInterLibraryLoan

ILL Flow

Borang ILL

Borang ILL
Imbas Di sini

PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DOKUMEN

Pengguna perpustakaan yang memerlukan bahan bercetak mengikut bab atau muka surat bagi koleksi buku yang terdapat di perpustakaan boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan bahan tersebut. Sila semak status bahan terlebih dahulu di Sistem Katalog Perpustakaan (eFind) https://efind.ump.edu.my sebelum membuat permohonan bahan.

Perkhidmatan ini disediakan kerana tidak semua pengguna berada berdekatan kampus yang membolehkan mereka membuat peminjaman bahan fizikal. Bahan akan diimbas dan akan di e-mel kepada pengguna, terhad kepada beberapa bab atau muka surat yang diperlukan sahaja. Perkhidmatan ini juga terhad kepada staf dan pelajar UMP sahaja. Pengguna boleh memohon dengan mengisi borang atas talian di pautan ini https://bit.ly/eDDSprint

eDDs Flow

Borang eDDS

Borang eDDS
Imbas Di sini
Untuk makluman lanjut, sila emel ke illump@ump.edu.my
Contact us today and get your first

Consultation

Call us for any query

Pekan Library        
: En. Muhammed Fawwaz Abdul Rasid (mfawwaz@ump.edu.my / 09-424 5651)

Gambang Library :
: Pn. Affida Abu Bakar
(affida@ump.edu.my/ 09-549 3136)
: Pn. Sharifah Nazirah Syed Omar (snazirah@ump.edu.my/ 09-549 3140)

OR email us at
umplibrary@ump.edu.my