Bengkel Asas Mobilegraphy anjuran Perpustakaan UMP - 15 Jun 2023

Bengkel Asas Mobilegraphy anjuran Perpustakaan UMP - 15 Jun 2023

Pada 15 Jun 2023, Perpustakaan telah menganjurkan Bengkel Asas Mobilegraphy bertempat di Lounge Eksekutif, Perpustakaan, Universiti Malaysia Pahang, Pekan, Pahang. Penceramah bagi bengkel ini adalah En. Noor Azhar Abd Rasid, Pereka dari Unit Penerbitan Korporat, Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor. En. Noor Azhar bukanlah baru di dalam bidang fotografi, beliau telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa. Terkini, gambar beliau telah berjaya layak ke pusingan ke-2 di INTERNATIONAL PHOTOGRAPHY AWARD 8TH 35AWARDS (daripada 104,814 peserta dari 174 negara).

Bengkel 1 hari ini telah disertai oleh 34 orang peserta dari UMP, jabatan dan agensi luar serta individu. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai jenis-jenis fotografi, asas-asas mobilgrafi, teknik fotografi dan penyuntingan foto. 

Bengkel dimulakan dengan pengenalan kepada fotografi dan cara-cara untuk mengenali kemudahan dalam telefon pintar tersebut. Antara perkara yang disentuh dalam bengkel adalah tema fotografi dan beberapa asas penting dalam fotografi. Peserta juga diberi tugasan luar dan tugasan tersebut telah dikumpulkan untuk dinilai oleh En. Azhar.
Image
Image
Sebelah petang diadakan sesi penilaian tugasan yang telah dilaksanakan oleh peserta. Cara-cara membuat suntingan bagi gambar yang telah diambil turut dikongsi beserta kaedah dan cara mengekalkan keaslian gambar tersebut.

Kebanyakan peserta yang mengikuti bengkel ini adalah mereka yang berminat dalam mobilegraphy  serta mereka yang melakukan tugas-tugas fotografi di jabatan masing-masing

Menurut En. Azhar lagi, peserta perlu mengetahui jenis fotografi yang ingin di tumpukan agar dapat memberi fokus sepenuhnya kepada bidang berkenaan. Sebelum bengkel berakhir pada 5.00 petang, En. Azhar juga telah berkongsi teknik pencahayaan semasa mengambil gambar makro menggunakan lensa makro tambahan.

Kebanyakkan peserta yang menyertai bengkel ini juga telah menyatakan minat untuk menyertai Bengkel Mobilegraphy seterusnya sekiranya diadakan nanti. Diharap bengkel akan datang dapat menarik lebih ramai peserta luar yang berminat dalam bidang Mobile Photography.
Image
Image
Disediakan oleh:


Cik Ratna Wilis Haryati Mustapa,
Pembantu Pustakawan Kanan Tertinggi
Disunting oleh:


Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan

Print   Email