Perkongsian Ilmu Mendeley Reference Manager Module bersama pensyarah Politeknik Muadzam Shah - 27 Sept 2023

Perkongsian Ilmu Mendeley Reference Manager Module bersama pensyarah Politeknik Muadzam Shah - 27 Sept 2023

Pada 27 September 2023 yang lalu, Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima lawatan ilmiah dari Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Politeknik Muadzam Shah (PMS). Seramai 10 orang pensyarah dan 26 orang pelajar telah menyertai sesi lawatan ini.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kemudahan yang ada disediakan di Perpustakaan, selain dapat meluaskan lagi sumber rujukan para peserta. Para peserta merupakan pelajar semester satu dan lawatan ini diharap dapat memberikan mereka pengalaman baharu dan pendedahan awal pembelajaran di fakulti.

Pelbagai aktiviti dan program telah dirancang bagi menyambut kehadiran peserta lawatan termasuklah taklimat pengenalan perpustakaan, Library Tour, program ringkas pendidikan pengguna “Kursus Mendeley” dan Library Explorace.
Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Unit Pendidikan & Penyelidikan telah bekerjasama bagi menjalankan aktiviti yang dirancang untuk pensyarah dan pelajar PMS.
Image
Image
Sesi taklimat Kursus Mendeley bersama pensyarah disampaikan Puan Nor Ashikin Ahmad, Pustakawan Kanan Unit Pendidikan & Penyelidikan. Pembentangan slaid bertajuk Mendeley Reference Manager Module telah dikongsikan bersama pensyarah yang hadir. Para pensyarah diberi penerangan berkaitan kaedah memuat turun perisian Mendeley, teknik memasukkan bahan ke dalam Mendeley Library, cara membuat sitasi dan bibliografi dan penggunaan Mendeley secara menyeluruh. Akhir sesi ini, para pensyarah dapat memahami dan membuat sitasi dan bibliografi mengunakan perisian yang telah dimuat turun.

Lawatan ini memberikan peluang dan ruang kepada pustakawan UMPSA dalam berkongsi ilmu dan maklumat serta secara tidak langsung diharap membantu para pensyarah di dalam penyediaan bahan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan Semoga ilmu yang dikongsi ini memberi manfaat dan berguna kepada para peserta.
Disediakan oleh:


Pn. Nor Ashikin Ahmad,
Pustakawan Kanan
Disunting oleh:


Cik Amelia Hasan,
Pustakawan Kanan

Print   Email