Adam & Hawa

Adam & Hawa

Image
Adam & Hawa ’ - Aisya Sofea

ISBN : 9831242165
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
No. Panggilan : PL5139.A58 A32 2008 fic
Novel Adam & Hawa ini mengisahkan tentang ketabahan seorang lelaki yang sangat penyabar dan sanggup menunggu isteri tercinta seorang yang degil,egoistic serta pentingkan diri sendiri selama 8 tahun.

AISYA SOFEA atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin merupakan penulis bagi novel ini yang juga merupakan seorang penulis yang berbakat dan hebat . Gaya penulisannya yang tenang dan bersahaja mampu membuai perasaan dan gejolak rasa pembaca. Rasa kasih, sayang, resah dan gelisah berjaya dipancarkan melalui watak-watak dalam dunia ciptaannya.

Sejujurnya ini adalah antara bingkisan terbaik oleh Aisya Sofea berbanding dengan novelnya yang lain. Novel ini menceritakan kisah Ain Hawani yang ditangkap basah dengan Adam Mukhriz. Mereka berdua dikahwinkan tanpa kerelaan Ain. Apa yang lagi menyedihkan, rayuan dan penjelasan Ain tidak dipeduli. Malah Adam diam membisu, seolah-olah membenarkan segalanya yang berlaku. Ain bertindak menyalahkan Adam yang pengecut. Kecewa dengan perkahwinan tanpa relanya, dia membawa diri jauh ke luar negara dan akhirnya bersatu kembali setelah 8 tahun.
Secara Keseluruhannya, walaupun jalan cerita agak Islamik, tapi rasanya sesuai dengan semua lapisan masyarakat kerana novel ini banyak memberi pengajaran dan nilai-nilai yang boleh dicontohi dalam kehidupan kini. Walaupun terdapat banyak konflik, tapi penghakhiran cerita yang gembira dan boleh diagak menjadikan novel ini lebih menarik untuk di baca.
Ulasan Buku Oleh :
Pn. Nurul Hamira Abd Razak, Pembantu Pustakawan

Print   Email