Kehebatan dan Keajaiban Air Zamzam

Kehebatan dan Keajaiban Air Zamzam

'Kehebatan dan Keajaiban Air Zamzam'- DIbnu Rasyid

ISBN : 9789673680887
Penerbit: Al-Hidayah Publication
No. Panggilan: BP166.72 I26 2011 k
Tahun diterbitkan : 2011
Mukasurat: 82
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=64039

Pengulas :
En. Muhammed Fawwaz Bin Abdul Rasid, Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Buku kehebatan dan keajaiban air zamzam ini dihasilkan oleh Ibnu Rasyid dan editornya ialah Dr. Mohd. Puzhi Bin Usop. Buku ini diterbitkan oleh Al-Hidayah Publication pada tahun 2011 di Selangor. Buku ini menerangkan tentang keistimewaan air zamzam yang dikurniakan oleh Allah bagi umat Islam di seluruh dunia. Air zamzam adalah air yang terbaik dan terhebat yang terdapat di dunia ini bertepatan dengan riwayat oleh Imam Thabrani, Rasulullah s.a.w bersabda “Sebaik-baik air di muka bumi adalah Zamzam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan ubat segala penyakit”.
 
Terlalu banyak kehebatan air zamzam yang diperincikan di dalam buku ini. Di antara yang dinyatakan oleh penulis ialah ianya air zamzam merupakan air terbaik di muka bumi, air yang paling utama dan paling mulia, air zamzam mengungguli semua air di bumi baik secara medik mahupun syarak, air zamzam bersih dari segala bakteria yang mencemarkan, air zamzam tidak akan rosak, air zamzam tetap ada selamanya kerana sebelum hari kiamat semua air akan meresap ke dalam tanah kecuali air zamzam.
 
Seterusnya, keajaiban air zamzam pula ialah boleh dijadikan sebagai ubat untuk pelbagai penyakit, penulis menerangkan bahawa sesiapa yang minum air zamzam akan memperoleh manfaat dan khasiat besar. Antara pembuktian yang ditulis di dalam buku ini melalui kisah benar khasiat air zamzam ialah dalam meningkatkan daya penglihatan, pembuangan tumor mata tanpa pembedahan, pengubatan barah dengan puasa dan berbuka dengan air zamzam dan pembuangan batu ginjal tanpa pembedahan. Inilah di antara kisah benar keajaiban khasiat air zamzam yang diceritakan di dalam buku ini.
 
Akhir bicara, buku ini telah menyatakan keistimewaan, kehebatan dan keajaiban air zamzam yang sememangnya diyakini oleh seluruh umat Islam di dunia. Keberadaannya sejak 50 abad yang lalu sehingga kini adalah kurniaan Allah dan isi kandungannya yang unik dan penuh keajaiban telah dibahaskan di dalam buku ini. Semoga dengan informasi yang tercatat di dalam buku ini memberi manfaat, ilmu dan kebaikan kepada kita semua.

Print   Email