Bengkel Asas Mobilegraphy Siri 2.0 Anjuran Perpustakaan UMPSA – 7 Nov 2023

Bengkel Asas Mobilegraphy Siri 2.0 Anjuran Perpustakaan UMPSA – 7 Nov 2023

Pada 7 November 2023, Unit Pengurusan Ilmu telah menganjurkan Bengkel Asas Mobilegraphy Siri 2.0 di Lounge Eksekutif Perpustakaan UMPSA, Pekan, Pahang. Bengkel 1 hari itu merupakan bengkel siri ke-2 bagi tahun 2023. Sambutan yang menggalakkan dari peserta siri 1 telah memungkinkan pelaksanaan bengkel tersebut pada 7 November 2023 lepas.

Sekali lagi, En. Noor Azhar telah dijemput sebagai penceramah bagi siri ke-2. Seramai 13 orang peserta pada kali ini terdiri daripada kalangan akademik, pentadbir dan peserta luar.

En. Noor Azhar yang merupakan seorang Pereka dari Pejabat Naib Canselor UMPSA memulakan bengkel tersebut dengan memberi pengenalan pengalaman beliau dalam bidang fotografi, asas fotografi serta teknologi terkini dalam fotografi. Beliau meneruskan bengkel dengan menerangkan beberapa topik seperti bagaimana untuk mengenali telefon bimbit, fungsi dan spesifikasi, tema, asas, komposisi, suntingan dan beberapa topik penting yang perlu diketahui bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
Image
Image
Selesai sesi penerangan, para peserta diberi tugas untuk mempraktikan apa yang telah dipelajari dari penceramah. Peserta diminta mengambil gambar dalam beberapa situasi dan menyunting gambar tersebut menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Hasil dari tugasan yang diberikan, tiga gambar terbaik telah dipilih oleh En. Noor Azhar dan mereka menerima token penghargaan yang disampaikan oleh Cik Amelia Hasan, Ketua Unit Pengurusan Ilmu, Perpustakaan UMPSA.

Bengkel tersebut selesai pada jam 4.40 petang dan semoga peserta yang hadir pada bengkel tersebut dapat memanfaatkan segala ilmu dan kemahiran yang telah dikongsi oleh penceramah.
Image
Image
Disediakan oleh:


Cik Ratna Wilis Haryati Mustapa,
Pembantu Pustakawan Kanan Tertinggi
Disunting oleh:


Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan

Print   Email