Lawatan Ilmiah Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Indera Shahbandar

Lawatan Ilmiah Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Indera Shahbandar

5 Mac 2024 - Perpustakaan UMPSA telah menerima lawatan ilmiah pengawas pusat sumber sekolah (PSS) dari SMK Indera Shahbandar yang terdiri daripada 35 orang pelajar dan 2 orang guru.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid mengenai kemudahan yang disediakan di Perpustakaan UMPSA. Selain itu, pelajar dapat menimba ilmu asas pengurusan Perpustakaan menerusi perkongsian dan taklimat yang diberikan oleh pustakawan UMPSA.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, En. Ahmad Nurudin Abd. Nasir. Beliau mengalu-alukan kedatangan para pengawas pusat sumber sekolah dan sebagai pengenalan, beliau turut berkongsi serba sedikit maklumat berkenaan perpustakaan.
Image
Image
Sesi lawatan diteruskan lagi dengan taklimat ringkas berkenaan Perpustakaan UMPSA yang berkaitan dengan kemudahan , fasiliti, keahlian publik dan perkhidmatan umum yang ditawarkan oleh perpustakaan. Taklimat disampaikan oleh En. Muhammed Fawwaz Abdul Rasid, Pustakawan Unit Perkhidmatan Pelanggan. Para pengawas pusat sumber juga dibawa melawat sekitar perpustakaan di bawah aktiviti Jelajah Perpustakaan.

Informasi berkaitan perkhidmatan dan koleksi perpustakaan diberikan oleh Pn. Nor Ashikin Ahmad, Pustakawan Kanan Unit Pendidikan & Penyelidikan. Para pengawas pusat sumber didedahkan dengan perkhidmatan rujukan bagi memenuhi keperluan pendidikan dan penyelidikan universiti. Para pengawas dapat membezakan jenis-jenis koleksi yang ditawarkan di perpustakaan dan di pusat sumber sekolah. Usai selesai sesi taklimat, soal jawab dibuka kepada para pelawat dan cenderamata diberikan kepada mereka yang dapat menjawab soalan semasa sesi tersebut.

Program diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada pihak SMK Indera Shahbandar dan Perpustakaan UMPSA. Diharapkan program ini dapat mencapai objektif yang dirancang dan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh:


Pn. Nor Ashikin Ahmad,
Pustakawan Kanan
Disunting oleh:


Cik Amelia Hasan,
Pustakawan Kanan

Print   Email