Taklimat Akademik Pascasiswazah Semester II 2022/2023

Taklimat Akademik Pascasiswazah Semester II 2022/2023

Pada 9 Mac 2023 telah diadakan sesi taklimat pascasiswazah semester II 2022/2023 bertempat di Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang, Gambang. Perpustakaan telah dijemput untuk memberikan taklimat pengenalan kepada para pelajar baharu berkenaan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Nor Ashikin Ahmad, Pustakawan Unit Pendidikan & Penyelidikan. Para pelajar telah diperkenalkan kepada Portal Perpustakaan yang menjadi pusat rujukan maklumat berkaitan Perpustakaan secara keseluruhan.

Perkongsian dimulakan dengan memperkenalkan barisan pustakawan yang boleh dihubungi untuk konsultasi, pertanyaan atau repositori. Sebagai Pengenalan, perkhidmatan utama peminjaman/ pemulangan bahan, sistem-sistem perpustakaan dan senarai kemudahan juga telah dimaklumkan dalam sesi tersebut.

Image
Image
Maklumat berkaitan UMP-IR, ezproxy, eFind, e-exam, eColLib dan eResources juga juga diwar-warkan kepada pelajar kerana sebagai pelajar pascasiswazah, semua sistem berkenaan amat penting dalam proses pencarian dan penyediaan bahan pengajian. Selain itu, cara penggunaan Turnitin, Mendeley dan panduan pemilihan jurnal untuk penerbitan artikel jurnal juga ditekankan semasa sesi taklimat sebagai panduan asas.

Pihak Perpustakaan berbesar hati di atas jemputan taklimat ini dan berharap sesi ini dapat membantu dan menyebarkan maklumat berkaitan kepada pelajar baharu. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua dalam proses pendidikan dan penyelidikan masing-masing. Terima kasih juga kepada Fakulti Pengurusan Industri kerana memberi peluang kepada Perpustakaan berkongsi maklumat kepada warga UMP umumnya dan fakulti khususnya.
Image
Image
Disediakan oleh:


Pn. Nor Ashikin Ahmad
Pustakawan Kanan
Unit Pendidikan & Penyelidikan
Disunting oleh:


Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan

Print   Email