Taklimat Pengurusan Arkib Universiti oleh Unit Arkib Universiti di Jabatan Bendahari - 28 Julai 2023

Taklimat Pengurusan Arkib Universiti oleh Unit Arkib Universiti di Jabatan Bendahari - 28 Julai 2023

Pada 28/07/2023 (Jumaat). Unit Arkib Universiti (UAU), Perpustakaan UMPSA telah mengadakan satu Sesi Taklimat Pengurusan Arkib Universiti di Jabatan Bendahari dan telah dihadiri oleh 62 orang kakitangan dari jabatan tersebut. Taklimat yang diadakan di Dewan Senat UMPSA Pekan telah disampaikan oleh Encik Iswan Akim bin Ismail, Ketua Unit Arkib Universiti, UMPSA Pekan.

Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Pegawai Tadbir Pn. Suhana Mohd Nor mewakili Bendahari, Pegawai-pegawai Kewangan, Akauntan serta kakitangan Jabatan Bendahari.

Objektif utama taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan latar belakang perwujudan Unit Arkib di Perpustakaan UMPSA. Disamping itu, penerangan-penerangan berkaitan dasar- dasar Akib, pengurusan rekod fail lama dan cara-cara pelupusan bahan-bahan yang terlalu lama juga dikongsi. Penerangan ini bertujuan memudahkan kakitangan jabatan memahami cara untuk menguruskan bahan-bahan tersebut.
Image
Image
Sesi taklimat ini berlangsung selama 2 jam dan diakhiri sesi soal jawab. Setelah selesai sesi soal jawab, UAU telah melawat bilik fail dan rekod Jabatan Bendahari serta tempat yang dikhaskan untuk proses pelupusan bahan-bahan bagi melihat sendiri mesin pelupusan yang terdapat di Jabatan Bendahari serta cara-cara pelupusan dilaksanakan.

UAU amat berbesar hati dan mengalu-alukan mana-mana jabatan, fakulti atau pusat tanggung jawab yang berminat untuk mengadakan sesi taklimat dan pengenalan bagi Pengurusan Arkib Universiti.  Semoga dengan pemahaman yang lebih jelas, sistem pengurusan rekod di jabatan, fakulti atau pusat tanggung jawab akan lebih efisen.
Disediakan oleh:


Cik Zuriakatina Muda,
Pembantu Pustakawan Kanan
Disunting oleh:


Cik Ratna Wilis Haryati Mustapa,
Pembantu Pustakawan Kanan Tertinggi

Print   Email