100 jejak peribadi Rasulullah : menelusuri kehebatan akhlak junjungan besar Muhammad SAW

100 jejak peribadi Rasulullah : menelusuri kehebatan akhlak junjungan besar Muhammad SAW

Image
Buku ini disusun bagi membantu pembaca memperkasakan kualiti diri selaras dengan apa yang Rasulullah SAW amalkan. Ia sepatutnya menjadi ikutan dalam kehidupan supaya tidak mudah tersasar dari landasan kehidupan.

Buku ini dibahagikan kepada 100 bab kecil oleh penulis perpengalaman. Melalui pembacaan buku ini, seseorang itu dapat mencontohi perlakuan peribadi unggul dan berkualiti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Apa yang dipaparkan di dalam buku ini merujuk terus kepada keperibadian Rasulullah SAW.

Di akhir bahagian buku ini terdapat bab bonus bertajuk Rasulullah SAW ikon mukmin sejagat. Turut disertakan sumber rujukan yang penulis rujuk intuk mengarang buku ini. Keseluruhannya, melalui pembacaan buku ini didapati buku ini mempunyai gaya bahasa yang mudah difahami dan sesuai dibaca oleh semua peingkat umur.

Print   Email