Angguk Geleng: Himpunan Kisah Dakwah Satira

Angguk Geleng: Himpunan Kisah Dakwah Satira

Angguk Geleng: Himpunan Kisah Dakwah Satira - Pahrol Mohd. Juoi ; Husna Hassan

ISBN : 9789673881246
Penerbit : Telaga Biru
No. Panggilan : BP166.5 .P34 2013
Tahun diterbitkan : 2013
Muka surat : 258 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my:8443/cgi-bin/koha/catalogue/detail.pl?biblionumber=74120

Ringkasan buku oleh: Pn. Nurezzatul Akmal Binti Salleh, Pembantu Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Angguk Geleng: Himpunan Kisah Dakwah Satira merupakan antara buku terbitan daripada Telaga Biruyang dicetak pada tahun 2013. Buku ini mengandungi sebanyak 258 halaman muka surat. Ustaz PahrolMohd. Juoi dan Husna Hassan merupakan penulis dan editor yang berpengalaman. Ustaz PahrolMohamad Juoi, penulis sangat terkenal dengan buku berkonsepkan dakwah dan motivasi islamik.Beliau amat berpengalaman dalam bidang penulisan serta penyampai dan pendakwah dalam radio
dan televisyen.

Buku ini mengisahkan cerita-cerita yang penuh dengan pengajaran dan dakwah dengan penuhhikmah. Buku setebal 258 muka surat ini dibahagikan kepada 4 bab besar bermula Coretan 1 : AkidahUmat Islam, Coretan 2 : Hubungan Sesama Makhluk, Coretan 3 : Ibrah Daripada Gelagat Makhluk danCoretan 4 : Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan.

Apa yang menarik tentang buku ini ialah pengajaran yang ingin disampaikan melalui penceritaanberbentuk situasi dan kisah-kisah yang akhirnya kita belajar mengenai hikmahnya. Terdapatpengajaran di setiap cerita pendek ini yang boleh membuatkan kita berfikir dan mendapat manfaatbersama. Tambahan pula, terdapat ilustrasi dan gambar yang menarik di setiap penceritaan bolehmenambahkan minat pembaca mengenai buku ini.

Oleh itu, pelbagai peringkat umur disarankan untuk membaca buku ini sebagai bacaan santai. Moga bermanfaat.

Print   Email