Budak Meja Belakang

Budak Meja Belakang

Image
Budak Meja Belakang ’ - Shah Ibrahim

ISBN : 9789672062172
Penerbit : Komrad Buku
No. Panggilan : PN165 .S53 2017 k c.2 fic
“Catatan pengalaman penulis ini membawa kita mengimbau kembali zaman persekolahan yang pernah dilalui satu ketika dahulu. Mereka yang membesar dalam era 80-an dan 90-an pastinya akan sering kali tersenyum dan mengangguk sendirian sambal membaca buku ini. Ia bagaikan mesin masa yang menyelusuri kisah hidup seorang pelajar dari zaman hiruk-pikuk sekolah rendahnya hingga ke era kematangan di sekolah menengah” - AHMAD AFFZAN ABDULLAH, PENULIS BUKU MAT CLEANER UK -

“Naskhah ini adalah satu bentuk tulisan yang jujur dan tak dibuat-buat. Kisah pengalaman peribadi penulis digarap secantik boleh, untuk mengajak para pembaca mengikuti bersama-sama pengalaman yang dia rasa. Sedikit kritikan dan perbandingan sosiobudaya serta pendidikan antara dua negara, Malaysia & Scotland ditulis secara cynical dalam naskhah ini. Naskhah ini, bukan untuk orang yang cepat terasa hati. Buku budak meja belakang ini, ditulis khasnya untuk orang menang. - RAFIUDDIN RABU, PENULIS BUKU UJIAN/MASYARAKAT, FEBRUARI & CERITA BANGSA GEMOK-

Pandangan saya pula, buku ini bagi banyak memberi inspirasi dan mengimbau kenangan kepada pembaca di era 80-an dan 90-an kerana kisah yang dipaparkan mengambarkan suasana di era yang mana saya antara yang berada di era tersebut. Ayat-ayat yang digunakan juga kelakar, selamba dan menghiburkan pembaca. Setiap dari kita melalui dan membesar dengan cara yang berbeza dan saya sendiri seronok dapat membaca kisah orang lain yang semestinya tidak sama dengan apa yang telah kita lalui. Zaman yang sama tetapi kisah yang berlainan.
Ulasan Buku Oleh :
Puan Roziati binti Razali, Pembantu Pustakawan Kanan

Print   Email