Diagnosis2 : Prognosis

Diagnosis2 : Prognosis

Image
Diagnosis2 : Prognosis ’ - Dr. Jacknaim, MD

ISBN : 9789670723136
Penerbit : DuBook Press Sdn. Bhd
No. Panggilan : PL 5138 .J33 D53 2015 fic
Buku Diagnosis2 : Prognosis bercerita tentang suka duka, perjalanan hidup, susah payah, jerit perih dan pengalaman yang perlu dikutip sebelum bergelar seorang Doktor. Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai pembuka mata kepada sesiapa yang berminat dalam bidang perubatan.

Buku ini akan memberikan pencerahan kepada masyarakat terutama pelajar-pelajar yang menaruh minat untuk menjadi pelajar perubatan akan kisah di sebalik ‘glamor’nya menjadi pelajar perubatan. Buku yang mengandungi 268 muka surat dan 9 Bab ini, menceritakan dari Detik Sebelum Bergelar Pelajar Perubatan sehingga ke bab terakhir iaitu Titisan Keringat Terakhir .

Semoga buku ini dapat menaikkan minat individu yang ingin menjadi doctor. Jika anda mahu menjadi doctor, tanamkan azam dan tekad bermula hari ini!
Ulasan Buku Oleh :
Pn. Nor Farhana Abd Kadir, Pembantu Pustakawan

Print   Email