Menjejaki Jutawan Senyap - Silent Millionaire

Menjejaki Jutawan Senyap - Silent Millionaire

Image
Menjejaki Jutawan Senyap - Silent Millionaire ’ - Rusly bin Abdullah

ISBN : 9789832334606
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings
No. Panggilan : BF503 .R87 2011
Sebuah buku motivasi mengenai jutawan senyap yang mana tanpa kita sedari ianya mereka yang dekat dengan diri kita. Pengagungan kepada tokoh jutawan barat seperti Bill Gates, Donald Trump dan Walt Disney membuatkan kita terlepas pandang kisah jutawan di negara sendiri. Oleh itu, penulis ingin berkongsi kisah pengusaha kecil yang telah membina kejayaan secara senyap.

Buku ini memaparkan kisah jutawan yang datang dari pelbagai latarbelakang yang tidak dikenali orang, tidak mempunyai modal yang besar, hanya bermula dari perniagaan kecil atau perniagaan jalanan tetapi mereka mampu berjaya. Namun, disebalik kejayaan yang datang disusuli dengan pengalaman yang menjadi bekalan untuk belajar dan terus maju.

Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada penulis mampu memberi semangat dan dorongan kepada pembaca supaya mencuba untuk berniaga walaupun secara kecil-kecilan kerana ianya mampu meningkatkan taraf hidup. “ Biarlah kita jalankan perniagaan KECIL asalkan kejayaannya BESAR. Itu lebih baik dari perniagaan BESAR tapi untungnya KECIL”.
Image
Ulasan Buku Oleh :
Pn. Noor Fateeha Mohamad, Pembantu Pustakawan

Print   Email