Nabi Khidir A.S. Super Misteri

Nabi Khidir A.S. Super Misteri

Image
Nabi Khidir A.S. Super Misteri ’ - Khalifi Elyas Bahar

ISBN : 9670267536/9789670267531
Penerbit : Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd
No. Panggilan : BP137.5 .K5 B34 2012

Nabi Khidir merupakan seorang lelaki soleh yang hidup di zaman Nabi Musa AS. Kisah Khidir telah diceritakan di dalam al-Qur’an sepertimana yang dirakamkan dalam surah al-Kahfi. Nabi Khidir memang tidak sepopular nabi-nabi Allah yang lain. Meskipun begitu, kemunculannya tidak perlu kita ragui lagi kerana tercatat di dalam Surah Al-Kahfi ayat 65-68. Walaupun hanya sedikit namun itu telah cukup menggambarkan keluasan ilmu yang dimilikinya. Buku ini mengungkapkan siapakah Nabi Khidir yang selama ini menjadi misteri. Buku ini mengajak kita untuk melakukan refleksi tentang peribadi Nabi Khidir, menyingkap sedikit demi sedikit segala selubung misteri yang menyelimutinya, memecahkan bahagian-bahagian rasa ingin tahu kita, yang tidak kunjung terjawab. Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

Buku Diagnosis2 : Prognosis bercerita tentang suka duka, perjalanan hidup, susah payah, jerit perih dan pengalaman yang perlu dikutip sebelum bergelar seorang Doktor. Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai pembuka mata kepada sesiapa yang berminat dalam bidang perubatan.

Buku ini akan memberikan pencerahan kepada masyarakat terutama pelajar-pelajar yang menaruh minat untuk menjadi pelajar perubatan akan kisah di sebalik ‘glamor’nya menjadi pelajar perubatan. Buku yang mengandungi 268 muka surat dan 9 Bab ini, menceritakan dari Detik Sebelum Bergelar Pelajar Perubatan sehingga ke bab terakhir iaitu Titisan Keringat Terakhir .

Semoga buku ini dapat menaikkan minat individu yang ingin menjadi doctor. Jika anda mahu menjadi doctor, tanamkan azam dan tekad bermula hari ini!
Ulasan Buku Oleh :
En. Shahril Johari, Pembantu Pustakawan

Print   Email