3 kertas, 3 krayon, 3 pensel warna

3 kertas, 3 krayon, 3 pensel warna

Image
' 3 kertas, 3 krayon, 3 pensel warna ' - Adlil Rajiah & Najmi Haniffah

ISBN   : 9789670716923
Penerbit  : Must Read, 2016
No. Panggilan :HQ755.8 .A35 2016 k
Tahun diterbitkan : 2016
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89428
Buku 3 kertas, 3 krayon, 3 pensel warna  oleh Adlil Rajiah & Najmi Haniffah merupakan sebuah buku panduan keibubapaan yang digarap secara santai dan bersahaja oleh penulis. Namun, sangat memberi impak kepada pembaca, terutama yang baru bergelar ibu dan bapa.
 
Puan Adlil Rajiah menulis berdasarkan bacaan dan pengalamannya membesarkan anak sendiri. Perkongsian beliau pun sudah cukup mantap. Namun pada akhir setiap bab, perkongsian beliau masih lagi disokong oleh teori dalam bidang pendidikan kanak-kanak.
 
Contohnya dalam topik “Bantu anak memahami dan mengawal perasaan”. Kita bukan hanya membaca teori “bagaimana untuk mendengar masalah anak dengan sepenuh perhatian, malah kita dihidangkan dengan dialog bagaimana untuk memberi respon kepada luahan anak. Perkara sebegini kadang kala kita tidak sedar ia salah, sehingga kita menjumpai contoh yang hampir dengan amalan seharian kita. Dan bentuk dialog sebegini amat mudah dihadam oleh semua orang.
 
Paling menarik, penulis juga menghidangkan pelbagai contoh aktiviti kreatif yang bergambar, berwarna-warni dan menarik, yang boleh dipraktikkan oleh pembaca bersama anak-anak seperti  belajar nombor dan matematik mudah, memory game, idea untuk homeschooling, cara rangsang deria,DIY game book dan banyak lagi. Secara tidak langsung, aktiviti sebegini cenderung untuk membantu anak-anak melupakan gajet.
 
Selain itu, buku ini juga menyajikan pelbagai resepi menarik untuk juadah si kecil. Secara keseluruhan buku ini amat disarankan untuk dijadikan salah satu panduan kepada ibubapa, bakal ibu bapa, guru-guru dan mereka yang bekerja di bidang yang melibatkan kanak-kanak.
Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Wan Rosnur Irma Wan Mohamad, Pembantu Pustakawan

Print   Email