Falsafah Perundangan Islam

Falsafah Perundangan Islam

Image
' Falsafah Perundangan Islam ' – Sobhi Rajab Mahmassani

ISBN : 9789675153516
Penerbit  : Al Hidayah
No. Panggilan  : BP144 .M34 2009
Tahun Diterbitkan : 2009
Muka Surat   : 395p
URl efind   :  https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=78144

Hampir sebahagian besar atau tiga perempat sastera Islam diabadikan dalam kajian ilmu perundangan dan undang-undang. Walaupun begitu, jumlah ini selalunya tidak mendatangkan "keberkahan", bahkan sebaliknya. la banyak mendatangkan masalah berbanding dijadikan sebagai penyokong bagi memudahkan usaha melakukan kajian-kajian asas. Ini seperti penjelasan yang tidak ilmiah, cara penyampaian yang terlalu mendalam, terlampau singkat serta ekstrim. Inilah masalah yang dialami oleh perundangan dan undang-undang Islam.

Sebuah perundangan tanpa disertai pengenalan falsafahnya diibaratkan tanaman tidak mendapat curahan hujan, kering dan tandus. Begitulah betapa pentingnya kedudukan falsafah perundangan itu. Dengan kehadiran buku ini, adalah tidak berlebihan jika dikatakan Sobhi Rajab Mahmassani merupakan orang pertama yang menulis falsafah perundangan Islam secara sistematik. Wajarlah jika buku ini dijadikan sebagai rujukan utama falsafah perundagan islam hampir di setiap universiti terkermuka dunia dan telah pun diterjemahkan ke pelbagi bahasa utama Eropah.

Harapan agar buku ini dapat membantu para pelajar di institut pengajian tinggi di negara ini atau mereka yang bergelut dengan perundangan Islam.
Image
Ulasan buku oleh:
En. Shamsor Masra Othman, Pembantu Pustakawan

Print   Email