Hadiah buat Nur

Hadiah buat Nur

Image
' Hadiah buat Nur ' - Ariff Khairuddin

ISBN   : 9789671535608
Penerbit  : Mohd Ariff Taqiyuddin Bin Kamaruddin, 2017
No. Panggilan :G465 .A75 2017 k
Tahun diterbitkan : 2017
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89699
Melalui buku “Hadiah buat Nur” ini memberi kesedaran betapa gigih dan cekalnya sukarelawan-sukarelawan ini dalam misi membantu Syria. Bermula dari mengumpul dana berjumlah hamper RM1 juta bagi membeli 10 buah ambulans yang telah dipersetujui bersama dengan penganjur di UK sebagai tanda ‘jadi’ bahawa Malaysia akan turut serta bersama di dalam Konvoi Ambulans untuk Syria ini.

Semangat anak muda juga diketengahkan dalam melakukan amal kebajikan tanpa ragu dan penuh semangat untuk misi ini dalam menyelamatkan lebih banyak nyawa manusia yang menjadi mangsa konflik berlanjutan tanpa noktah.

Pelbagai kejutan daripada penulis didalam buku ini membuatkan pembaca ingin mengetahui lebih mendalam kisah buku ini yang sentiasa menimbulkan persoalan dan tanda tanya.

Buku ini sesuai dibaca semua lapisan agar menjadikan kita seorang yang bersyukur kerana berada di bumi Malaysia.
Image
Ulasan buku oleh:
En. Ahmad Nurudin Abdul Nasir, Pustakawan Kanan

Print   Email