Kepalsuan dan kedurjanaan perjuangan komunis di Tanah Melayu

Kepalsuan dan kedurjanaan perjuangan komunis di Tanah Melayu

Image
'Kepalsuan dan kedurjanaan perjuangan komunis di Tanah Melayu' – Mohd Ayop Abd Razid

ISBN            :OPE0000666
Penerbit        : Jabatan Penerangan Malaysia
No.Panggilan        : DS597 .A96 2013
Tahun diterbitkan    : 2013
Muka surat        : 92
URL efind        : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=76177

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan menuntut kemerdekaan  kerana matlamat asal perjuangan mereka ialah untuk menubuhkan Negara komunis di Tanah Melayu.Bertitik tolak dari penubuhan parti komunis Malaya(PKM) pada 1930 dan sehingga perjanjian damai dimeterai antara PKM & kerajaan Malaysia pada tahun 1989 adalah satu jalur masa yang amat panjang dan berliku kepada tanah air kita. Pelbagai kemusnahan harta benda,pengeboman dan pembunuhan rakyat tidak berdosa telah terjadi sepanjang tempoh waktu itu.Jika benar mereka berjuang untuk kemerdekaan negara,kenapa pihak komunis masih berterusan  dengan perjuangan asal mereka walaupun selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan ketika perintah darurat dikuatkuasakan(1948-1960). Dianggarkan seramai 1883 anggota keselamatan telah terkorban dan 2560 cedera. Ternyata  hujah ini menguatkan lagi  bahawa pihak komunis tidak boleh diklasifikasikan sebagai seorang pejuang negara.

Perjuangan Tunku Abdul Rahman telah berjaya membuktikan negara boleh mengecapi  kemerdekaan tanpa pertumpahan darah dan ini telah menyulitkan misi pihak komunis untuk  terus menyebarkan ideologi mereka di Tanah Melayu.

Harga sebuah kemerdekaan tiada nilainya.Sebagai generasi pasca merdeka, kita perlu menghayati erti sebenar kemerdekaan serta mengimbau kembali perjuangan pemimpin terdahulu kerana atas perjuangan mereka kemerdekaan dapat dicapai dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia hingga kini.

Image
Ulasan buku oleh:
En. Mohd Fakhrurrazi bin Adnan,  Pembantu Pustakawan

Print   Email