Maaf Tuhan, Kami Sedang Sibuk !

Maaf Tuhan, Kami Sedang Sibuk !

Image
Maaf Tuhan, Kami Sedang Sibuk ! ’ - Ahmad Rifa’i Rif’an

ISBN : 9789674393052
Penerbit : Al –Hidayah Publisher
Nombor Panggilan : BP188.2 .R54 2018
Tahun Terbit : 2018
Muka surat : 390
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89440
Buku ini mengisahkan tentang realiti kehidupan manusia (Muslim) pada zaman sekarang yang lalai dan leka dengan kerja sehari-harian sehingga melupakan tanggungjawap sebagai seorang Muslim. Buku ini mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian 1 : Menguruskan Hati, Memperbaiki Nurani, Bahagian 2 : Rumahku, Syurgaku, Bahagian 3 : Memancarkan Cahaya Syurga di Tempat Kerja dan Bahagian 4 : Mengukuhkan Semangat dan Visi Hidup. Terdapat tambahan dalam bab tertentu mengenai renungan yang boleh memberikan kesedaran, betapa kesibukan kita selama ini menjadikan kita melalaikan perkara yang lebih penting untuk mengejar kebahagian yang sejati.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh mereka yang masih mencari kebahagiaan yang sebenar, bukanlah hanya kebahagiaan di dunia sahaja yang perlu dikejar. Dalam tidak sedar, aktiviti yang dilakukan setiap hari telah mewujudkan jarak yang semakin jauh antara hamba dan Rabb-Nya. Dari segi fitrah, manusia memang memiliki naluri menghamba, mengutamakan, mendahulukan, serta menuhankan Zat yang serba Maha, yang menjadikan manusia cenderung mementingkan selain-Nya, seterusnya akan menyebabkan rasa keterasingan dalam jiwanya. Buku ini juga dapat membantu memberikan semangat dan visi hidup seterusnya menjadikan seorang Muslim untuk lebih bermotivasi dan mencapai kejayaan yang sebenarnya.
Image
Ulasan buku oleh:
Cik Nurulaida Binti Abdul Shukor, Pembantu Pustakawan

Print   Email