Panduan sihat wanita dan kanak-kanak : info penjagaan dan rawatan

Panduan sihat wanita dan kanak-kanak : info penjagaan dan rawatan

Image
' Panduan sihat wanita dan kanak-kanak : info penjagaan dan rawatan ' - Hafizah Iszahanid

ISBN   : 9789831244982
Penerbit  : Alaf 21, 2010
No. Panggilan :RA778 .H34 2010
Tahun diterbitkan : 2010
Muka surat : 256
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=74261
Bacaan wajib bagi wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan rujukan bagi mencapai tahap kesihatan yang baik. Buku ini mempunyai 6 tajuk berkaitan dengan wanita dan 3 tajuk berkaitan kanak-kanak. Pengarang juga mengupas tajuk-tajuk kecil tentang “penyakit dan penawarnya” yang sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan kepada wanita dan kanak-kanak.
 
Sebagai seorang wanita, penjagaan dalaman dan luaran amatlah penting, jadi buku ini sangat sesuai bagi kaum wanita untuk mengetahui tentang masalah haid, kehamilan, masalah ketidak suburan dan terdapat lagi beberapa tajuk tentang masalah wanita yang perlu dititikberatkan. Bagi kanak-kanak pula, mereka adalah golongan yang lebih mudah dijangkiti penyakit. Isi kandungan di dalam buku ini akan menerangkan punca penyakit, cara mencegah dan juga kaedah menjaganya. Kesihatan yang baik akan membawa kehidupan yang bahagia.
Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Nor Farhana Abdul Kadir , Pembantu Pustakawan

Print   Email