Riba dan isu kewangan semasa

Riba dan isu kewangan semasa

Image
Riba dan isu kewangan semasa ’- Zaharuddin Abd. Rahman

ISBN : 978-967-5102-90-5
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd
No. Panggilan  : BP158 .I5 Z34 2010
Tahun Diterbitkan : 2010
Muka Surat : 167
URL Efind  : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=61205

Dalam bahasa Arab, perkataan riba membawa maksud lebih ataupun bertambah.. Mengikut hukum syarak riba merupakan bayaran kembali terhadap sesuatu pinjaman yang dibayar secara lebihan atau tambahan yang diperolehi oleh peminjam. Bayaran itu dilakukan melalui pertukaran barangan yang sejenis ataupun mata wang.

Buku Riba dan isu Kewangan semasa terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd yang ditulis oleh ustaz Zaharuddin Abd. Rahman ini cuba mendedahkan pembaca kepada permasalahan riba yang berlaku pada masyarakat dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi.

Amalan riba memang diharamkan dalam islam kerana tiadanya keadilan kepada yang memerlukan dan perlakuan riba itu sendiri adalah perbuatan zalim yang melampau. Melalui beberapa  contoh riba yang diberikan oleh penulis diharap dapat memberi pencerahan yang jelas kepada pembaca.
Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Rohana Binti Mat Said, Pembantu Pustakawan Kanan

Print   Email