The leader in you

The leader in you

Image
'The leader in you' - Dale Carnegie, Stuart R. Levine, and Michael A. Crom ; [penterjemah : Hasnah Muhamad Daud]

ISBN   : 9789673691937
Penerbit   : PTS Professional
No. Panggilan  : HD57.7 .C37 2013
Tahun diterbitkan  : 2013
Muka surat    : 224 muka surat
URL efind   : https://ump.elib.com.my/index.php/book/details/41430
Buku ini ditulis oleh Dale Carnegie dan telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Hasnah Muhamad Daud. Terdapat 17 bab yang diceritakan di dalam buku ini bagi menunjukkan sifat dan situasi pemimpin yang berkesan.

Buku The Leader in You (Edisi Bahasa Melayu) ini adalah buku panduan komprehensif yang menyenaraikan beberapa strategi bagi membantu kita. Buku ini lebih memfokuskan tentang komunikasi, memotivasi orang lain, membina pasukan, mempunyai fikiran positif, bagaimana menangani kesilapan dan kritikan, bagaimana menetapkan matlamat yang dapat dicapai oleh orang dan pasukannya.

Buku ini juga memberi penerangan mengenai bagaimana menunjukkan minat terhadap orang lain, menjadi rakan sekerja, pekerja, atau hanya rakan. Ia juga menjelaskan cara melihat keadaan dari sudut pandangan orang lain juga adalah penting.

Prinsip Dale Carnegie ini mudah difahami oleh sesiapa sahaja walaupun kita tidak memiliki ijazah psikologi manusia. Buku ini menarik dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang berusaha memperbaiki dirinya dan mencari sifat pemimpin dalam diri mereka.
Ulasan buku oleh:
Pn. Wan Nurulhuda Bt. Wan Zakaria, Pustakawan

Print   Email