Ilmu Falak

Ilmu Falak

'Ilmu Falak'- Prof. Madya Ts. Masiri Bin Kaamin, Prof. Madya Dr. Sarebah Warman

ISBN : UQD 10601
Penerbit: Penerbit UTHM
No. Panggilan: BP190.5.A8 M37 2020
Tahun Diterbitkan: 2020
Mukasurat: 164
Url Efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=94751

Pengulas :
En. Muhammad Hanafiah Abd Aziz, Pembantu Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Sebuah buku atau modul pembelajaran dan pengajaran yang dihasilkan oleh dua orang profesor dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Berlatarbelakangkan pendidikan kejuruteraan ukur tanah dan kejuruteraan geomatik, maka tidak hairanlah mereka dapat meghasilkan sebuah panduan yang baik bagi mempelajari asas ilmu falak. Pada kebiasaanya ilmu falak dikaitkan dengan ilmu agama sahaja tetapi sejarah menunjukan bahawa ilmu falak ini dipelopori oleh para ulama dan sarjana Islam yang mahir dalam ilmu matematik dan sains. Contoh terdekat yang kita boleh bawakan di alam melayu dan nusantara ini ialah Tokoh Falak Alam Melayu Sheikh Muḥammad Arshad bin ‘Abdullāh al-Banjarī bermazhab Shafie fiqhnya, beraliran Ash’airah tauhidnya.

Buku ini mengandungi enam bab merangkumi kegunaan ilmu falak untuk manusia dan umat islam khususnya. Pembaca akan mengetahui secara ringkas tentang penentuan arah kiblat berpandukan buruj bintang-bintang, penentuan waktu solat, penentuan bulan puasa dan hari raya. Melalui buku ini juga pembaca dapat memahami kaedah rukyah dan hisab yang digunakan di Malaysia.

Kesimpulannya, walaupun buku ini sebuah modul pembelajaran tetapi ianya sangat baik untuk kita memahami tentang ilmu falak agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang tidak betul seperti ada yang mengatakan bumi itu leper dan tidak kurang juga yang mengatakan kaedah penentuan bulan puasa dan raya di Malaysia tidak tepat kerana tidak mengetahui kaedah dan uslub yang digunakan oleh pihak berkuasa di negara kita. Firman Allah S.w.t “Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).” [Yunus, 10:5]

Print   Email