Keajaiban Sedekah: Kisah Benar Sedekah Orang Miskin

Keajaiban Sedekah: Kisah Benar Sedekah Orang Miskin

'Keajaiban Sedekah: Kisah Benar Sedekah Orang Miskin '- Khairuddin Ali

ISBN : 9789674441562
Penerbit: Synergy Media
No. Panggilan: BP180 .K43 2013
Tahun Diterbitkan: 2013
Mukasurat: 108
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=75102

Pengulas :
Pn. Noor Fateeha Mohamad, Pembantu Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
“Sedekah orang miskin” bukan hanya menjuruskan sedekah itu khusus buat orang miskin tetapi sebagai motivasi dan rangsangan untuk pembaca melihat sedekah itu dari sudut yang berbeza. Ramai orang beranggapan orang kaya sahaja sesuai untuk bersedekah tetapi sebenarnya, Allah tidak menilai sedekah itu daripada berapa nilai yang diberikan tetapi Allah memandang dari sudut keikhlasan mereka yang sudi berkongsi dan memberi kepada insan lain. Penulis menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW lebih bimbang akan datangnya fitnah kekayaan daripada fitnah kefakiran kerana Baginda tahu bahaya disebalik melimpahnya harta lebih dasyat daripada disebalik kemiskinan.” Justeru, harta yang banyak bukan pengukur kemuliaan seseorang. Tanggungjawab si kaya lebih berat kerana harta itu akan dihisab bagaimana ianya diperoleh dan digunakan. Disebabkan itu, seseorang tidak perlu bersedih kerana kekurangan harta kerana nikmat kekayaan ini diiringi dengan amanah yang berat.

Antara nikmat sedekah yang bakal kite perolehi adalah sedekah mampu menambah kekayaan. Allah Tabarakallah berfirman, “Wahai anak Adam, berinfaklah, nescaya Aku akan berinfak kepadamu.”(HR. Bukhari dan Muslim). Bersedekah juga mampu menyihatkan jiwa dengan merawat penyakit hati yang merupakan fitrah manusia iaitu sifat bakhil atau kedekut. Sesungguhnya, manusia yang mampu melawan sikap cintakan harta adalah manusia yang hebat dan wajar dicontohi.

Kesimpulannya, si miskin yang tawaduk, tidak sombong serta rajin bersedekah adalah orang-orang yang dekat dengan Allah dan memperoleh cinta-Nya. Walaupun sedikit nilai sedekah yang diberikan berbanding orang-orang yang menyedekahkan harta mereka dengan jumlah yang lebih besar tetapi sekiranya ianya diperoleh dari sumber yang baik serta diberikan dengan hati yang ikhlas, sedekah itu lebih tinggi darjatnya disisi Allah. “Berbahagialah wahai hamba Allah yang terus bersabar dengan ujian Allah kerana syurga mendahulukan anda daripada orang-orang kaya. Ketika anda menikmati segala keindahan syurga, orang-orang kaya masih perlu bertanggungjawab di atas segala kekayaan mereka.” (Khairuddin Ali)

Print   Email