Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan : Pendekatan Islam Dan Sains

Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan : Pendekatan Islam Dan Sains

'Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan : Pendekatan Islam Dan Sains'- Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi

ISBN : 9789676110404
Penerbit: Utusan Publications
No. Panggilan: BP134.F58 C43 2000
Tahun diterbitkan : 2000
Mukasurat: 150
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=23530

Pengulas :
Cik Zuriakatina Muda, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Kesihatan manusia selalunya dikaitan dengan gaya pemakanan seseorang. Kesedaran betapa pentingnya makanan dalam kehidupan manusia telah mendorong secara aktif pengkaji-pengkaji membuat kajian berkaitan dengan makanan.

Dengan wujudnya buku “Konsep kesihatan melalui pemakanan : pendekatan islam dan sains ini banyak membantu kita mengubah corak pemakanan setiap hari. Walaupun makanan memainkan peranan penting dalam pembentukan kesihatan, ini bukan bermakna hanya makanan yang menjadi punca kepada segala penyakit. Sebaliknya banyak lagi faktor lain yang menyebabkan ganguan terhadap kesihatan.

Buku ini telah memberi banyak pengetahuan kepada kita tentang kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam pelbagai jenis-jenis makanan dan minuman contohnya seperti susu. Kumpulan susu membekalkan kebanyak kalsium yang diperlukan oleh badan. Dengan pendedahan ini. Ia banyak memberi manfaat untuk kita semua mengenalpasti kumpulan makanan yang diperlukan atau tidak oleh tubuh badan kita.

Print   Email