Kunci Kejayaan Minda

Kunci Kejayaan Minda

'Kunci Kejayaan Minda '- Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

ISBN : 9833494958
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd
No. Panggilan: BF637.S8 Q37 2008
Tahun diterbitkan : 2008
Mukasurat: 158
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=51492

Pengulas :
Pn. Rohana Mat Said, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Buku Kunci Kejayaan Minda yang dikupas oleh penulis terkenal Dr. “Aidh Abdullah Al-Qarni seorang yang berlatar belakang pendidikan tinggi dalam bidang Usuluddin di peringkat Sarjana (MA) dan PhD di Abha, Arab Saudi. Penulisan beliau menggunakan gaya penulisan yang mudah dan ringkas. Ia sangat sesuai dibaca di semua peringkat umur yang mempunyai cita-cita dan semangat yang tinggi dalam mengejar kejayaan.

Kupasan yang cukup menarik melalui konsep motivasi berserta gambar- gambar ringkas. gambar yang cukup simbolik, mengetuk minda pembaca agar berfikir untuk mencapai kejayaaan di dunia dan akhirat walau dalam apa jua bidang yang diceburi. Berlandaskan kepada pemikiran al-Quran dan hadis, penulis mengetengahkan 33 kunci kejayaan yang boleh diterokai.

Salah satu kupasan kunci kejayaan yang cukup menarik dari 33 kunci kejayaan yang diketengahkan oleh penulis ialah “betulkan niat”. Sesungguhnya setiap perbuatan adalah bergantung kepada niat seseorang. Untuk menjadi orang yang berjaya mulakan cita – cita dengan niat. Niatkanlah kebaikan dalam setiap amalan dan berikanlah manfaat kepada orang lain dan hindarilah kejahatan.

Orang yang berjiwa besar mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan untuk berjaya. Penulis berharap dengan garapan pemikiran tinta yang diberikan dapat membantu kita sebagai pembaca mencapai puncak kejayaan dan kesempurnaan. Tidak rugi kita sebagai pembaca untuk terus menambah ilmu serta kefahaman tentang rahsia kunci kejayaan melalui buku yang diterbitkan oleh syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd ini.

Print   Email