Memori

Memori

'Memori'- Mr. Apis

ISBN : 9789672038320
Penerbit: Musread Sdn Bhd
No. Panggilan: PN 6261 .M73 2017 k c.2
Tahun Diterbitkan: 2017
Mukasurat: 158
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89840

Pengulas :
Pn. Rozati Razali, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Melalui buku ini ada beberapa topik yang membuatkan saya berfikir semula apa yang saya pernah rasai dan alami. Perkara yang boleh diubah jika mempunyai sikap dan akal seperti apa yang diterangkan dalam buku ini. Saya suka dengan semua kata-kata dan cerita Mr. Apis dalam buku ini. Banyak kata-kata yang boleh dijadikan peringatan untuk diri sendiri.

Buku yang bergeneral santai dan bacaan umum yang mampu menyelit nasihat dan pengalaman dari penulis buat tatapan pembaca. Bila kita berdiri di atas kaki sendiri, barulah kita sedar akan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri tidak perlu fokus kepada kehidupan orang lain. Sentiasa menambah baik diri sendiri tanpa menpedulikan kehidupan orang lain dalam mencapai keperluan hidup.

Buku ini sesuai dibaca bukan sahaja golongan remaja malah oleh dewasa dan berkeluarga juga sesuai untuk membacanya.

“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik atau orang yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku, akan sedikit orang yang memberi peringatan. – Hasan Al-Basri-

Print   Email