Sejarah Dan Perjuangan Kemerdekaan

Sejarah Dan Perjuangan Kemerdekaan

'Sejarah Dan Perjuangan Kemerdekaan'- Abu Samah Mohd Kassim

ISBN : 9628566024
Penerbit: Nan Dao Publisher (Hong Kong)
No. Panggilan: -
Tahun diterbitkan : 1996
Mukasurat: 314
Lokasi: : Koleksi Nadir UMP (ARKIB)

Pengulas :
En. Iswan Akim Ismail, Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Sebuah karya sejarah daripada Abu Samah yang mengambil plot kehidupan beliau sendiri sebagai pejuang nasionalis. Karya diolah menjadikan pembacaan lebih mudah difahami serta dilengkapi dengan fakta sejarah. Karya ini juga menyajikan kisah kehidupan beliau bersama ahli keluarga, persekolahan dan sehingga dewasa. Penulis juga membuat pengenalan kepada tokoh yang terlibat dalam perjuagan nasionalis ini seperti Ishak Hj Mohammad, Musa Ahmad, Ahmad Boestaman, Burhanuddin Helmi dan ramai lagi.

Buku ini juga menceritakan bagaimana semangat antipenjajah mula berputik di hati Abu Samah, melalui penglibatan awal ke dalam pelbagai pasukan sukarelawan demi pertahankan Malaya daripada serangan fasis Jepun. Karya ini juga dibahagikan kepada beberapa bab bagi memudahkan pembacaan berdasarkan kronologi. Bermula zaman penjajahan Inggeris, penjajahan Jepun, kekalahan Jepun sehinggalah kepada zaman darurat.

Kemuncak perjalanan cerita adalah bagaimana pendamaian yang telah dicapai melalui rundingan antara pihak kerajaan Malaysia, Thailand dan juga PKM. Abu samah juga berjaya kembali ke Malaysia dan menyertai sebuah parti politik dan menjadi calon pilihanraya di Temerloh.

Buku ini diselangselikan dengan gambar berwarna dari koleksi peribadi beliau, yang memaparkan beliau bersama pemimpin Parti Komunis Malaya dan juga aktiviti yang dijalankan bersama Rejimen ke 10.

Secara rumusan berdasarkan analisis sejarah Abu samah juga merupakan seorang pejuang nasionalis Melayu. Strategi penjajah melaksanakan darurat dan menangkap para pejuang telah menyebabkan ramai nasionalis terpaksa lari ke bersembunyi di hutan. Akibat ketiadaan pilihan untuk berlindung, maka mereka bergabung dengan parti komunis dan mewujudkan Rejimen ke 10 yang majoriti adalah pejuang melayu bagi menentang penjajah Inggeris dalam bentuk gerila. Mereka terpaksa memilih jalan pemberontakan semata-mata hanya untuk mendapat kemerdekaan.

Print   Email