Hebat dalam karier : membina kerjaya cemerlang!

Hebat dalam karier : membina kerjaya cemerlang!

Image
Sebagai seorang pelajar yang telah menamatkan pengajian, harapan pertama yang tersemat di jiwa semestinya untuk mendapatkan pekerjaan yang diimpikan. Sekiranya tidak berkaitan dengan bidang pengajian pun, pekerjaan tersebut mestilah setimpal dengan kelulusan.

Namun, dengan cabaran masa kini persaingan untuk mendapatkan pekerjaan dilihat semakin mencabar. Bukan sahaja cabaran bagi graduan untuk mendapatkan pekerjaan malah cabaran juga bagi majikan untuk memilih pekerja yang mempunyai kriteria dan potensi yang diharapkan.

Jika dilihat situasi ini, adalah menjadi tanggungjawab graduan untuk terus meningkatkan prestasi diri sekiranya mendapat pekerjaan yang diidamkan supaya mereka dapat menjadi permata berharga buat majikan. Sebagai contoh, sentiasa bermotivasi tinggi dalam membina karier dan menyumbang hasil kerja yang berkualiti dan produktif.

Sumbangan yang diberikan pula bukan sahaja hasilnya untuk majikan atau organisasi malah akan mendapat manfaat pula kepada pekerja itu sendiri. Bagaimana untuk membina perjalanan karier yang hebat? Bagaimana pula untuk mengekalkan prestasi kerjaya? Jawapan bagi persoalan inilah yang boleh diperoleh melalui buku Hebat Dalam Karier ini.

Buku ini merupakan hasil kompilasi artikel yang telah diterbitkan di majalah Dara.com. Tujuan kompilasi adalah untuk berkongsi dengan pembaca idea dan tip mengekalkan semangat kendiri untuk terus hebat dalam pekerjaan. Bagi pelajar yang akan menamatkan pelajaran, ambillah peluang untuk membuat bacaan berkaitan panduan mencari kerja dan tips meningkatkan kecemerlangan semasa bekerja. Jangan lupa juga dapatkan perkongsian daripada mereka yang lebih berpengalaman. Pastinya banyak tips yang berguna boleh dipraktiskan.

Bagi pelajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP), semestinya punya keistimewaan untuk membaca dan meminjam buku ini di perpustakaan. Hanya 144 muka surat sahaja. Tak rugi membacanya. Bekerja adalah ibadah. Bekerja jadikan kita lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Semoga pelajar semua mendapat pekerjaan yang diinginkan dan berjaya dalam karier.


Print   Email