Terapi ruqyah : pendinding diri daripada gangguan sihir, jin dan syaitan berdasarkan al-Quran dan al-hadis

Terapi ruqyah : pendinding diri daripada gangguan sihir, jin dan syaitan berdasarkan al-Quran dan al-hadis

Image
Buku ini disusun bagi membantu orang awam yang tidak mempunyai asas dalam perubatan islam. Ia bertujuan menggalakkan pembaca mengamalkan sendiri jampi serapah berasaskan wahyu bagi memelihara diri dan keluarga daripada ganguan jin, syaitan dan sihir.

Buku ini dibahagikan kepada 5 bab utama oleh penulis perpengalaman. Melalui pembacaan buku ini, seseorang itu dapat memahami pelbagai kaedah asas rawatan ruqyah yang sesuai untuk digunakan oleh orang awam. Buku ini mengisahkan rawatan serangan sihir, rawatan gangguan jin dan syaitan, rawatan pemulihan jasmani, rawatan penyegaran rohani dan terapi alam.

Buku ini dijilidkan dalam keadaan fizikal yang kecil berkemungkinan untuk memudahkan pembaca membawa ianya kemana-mana untuk tujuan rujukan. Meskipun buku ini agak kecil, penerangan yang disertakan adalah padat dan ilmiah beserta doa-doa khas daripada ayat-ayat al-Quran.

Print   Email