Wirid Ulama Muktabar

Wirid Ulama Muktabar

Image
Sebuah buku atau kitab wirid dan zikir yang disusun oleh Mudir atau Pengetua Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat yang juga seorang hafiz Al-Quran bertempat di Pasir Mas Kelantan. Aurad, wazifah, wirid, dan zikir tidak asing lagi di setiap tempat pengajian yang berteraskan modul Pondok, Maahad, Madrasah, dan Zawiyah. Boleh dikatakan setiap tempat ini mempunyai bacaan wirid dan zikir yang dijadikan amalan harian buat para pelajar. Kerana ilmu memerlukan zikir dan wirid untuk menerangkan hati para pelajar bagi memudahkan kefahaman dan hafalan ilmu. Selain itu, zikir dan wirid tampa ilmu boleh menyebabkan kesesatan dan penyakit hati. Oleh itu, tempat Pengajian Turath (Warisan) atau Pengajian Agama ini tidak asing dengan wirid dan zikir yang bersambung sanad atau rantaian salasilah zikir itu hingga ke Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Buku ini mengandungi sembilan bab yang setiap bab mempunyai doa dan susunan zikir dari Rasullullah s.a.w, para sahabat r.a, dan para alim ulamak dan juga ahli sufi. Jika dilihat kebanyakan zikir di dalam buku ni adalah yang masyhur dan terkenal di sekolah, maahad, pondok madrasah dan juga dikalangan tolibul ilmi (penuntut ilmu). Boleh dikatakan kebanyakan wirid dan zikir yang terdapat di dalam buku ni adalah amalan pelindung diri dan keluarga.

Kesimpulanya, buku wirid ini sangat bagus untuk dijadikan amalan harian, panduan dan hafalan kepada setiap mukalaf. Perlu juga di beri perhatian bahawa wirid dan amalan seumpama ini mempunyai rantaian sanad dan juga salasilah yang diturunkan kepada murid-murid. Bagi menampakkan lagi kesan amalan wirid ini, disyorkan untuk para pembaca mencari guru-guru yang mempunyai ijazah dan sanad yang asli dan bersambung dengan guru-guru mereka.

Print   Email