Praktik solat jenazah dan pengurusannya

Praktik solat jenazah dan pengurusannya

Image
Praktik solat jenazah dan pengurusannya ’ - Zul Aimran Omar

ISBN : 9789672038351
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
No. Panggilan : BP166.815 .Z85 2017
Buku setebal 93 halaman ini telah dihasilkan oleh penulis Zul Aimran Omar adalah seorang guru. Zul Aimran Omar mempunyai minat yang mendalam dalam bidang agama sehingga menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir. Beliau bergiat aktif di dalam penulisan buku agama.

Buku ini mempunyai tiga (3) bab dan dikupas dengan terperinci. Kandungan bab-bab tersebut ialah menjelang kematian, saat kematian dan selepas kematian.
Antara isi kandung yang menarik iaitu;

i) Apa yang perlu dilakukan menjelang kematian iaitu talkin ialah mengajar kalimat sahadah perlahan-lahan di telinganya., Membaca surah yasin kepadanya niat bacaan yasin agar dipermudahkan urusannya serta dikurangkan kesakitan ketika ambang kematian.

ii)Pengurusan jenazah iaitu cara-cara mandikan, kafankan, solatkan, dan kebumikan.
iii)Jenis-jenis pahala yang boleh sampai kepada si mati iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.

Buku ini terhasil melalui kajian dan disampaikan dengan cara yang mudah difahami dan penerangan yang jelas.
Image
Ulasan Buku Oleh :
En. Nazri Kamis Pembantu Pustakawan

Print   Email