Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib : inilah 48 jawapannya

Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib : inilah 48 jawapannya

Image
' Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib : inilah 48 jawapannya... ' - Muhammad Muhyidin

ISBN   : 9789675515118
Penerbit  : Rijal Media, 2010
No. Panggilan : BP166.2 .M84 2010
Tahun diterbitkan : 2010
Muka surat : xx, 167 p
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=64209
Perkembangan kemahiran kognitif anak-anak di zaman digitalisasi dapat dilihat seiring dengan kepesatan teknologi dimana anak-anak terdedah dengan pembelajaran melalui komputer, gajet, aplikasi dan perisian. Demikian juga perkembangan dan kemajuan ilmiah masa kini mendorong anak-anak melontarkan pelbagai soalan spiritual dan mistik. Bagaimana rupanya Allah? Kenapa perlu sembah Allah? Malaikat ada sayap? Akhirat itu dimana? Soalan-soalan ini kadangkalanya mencabar minda dan kebijaksanaan para ibu-bapa untuk menjelaskan secara logik dan rasional supaya anak-anak dapat memahaminya.

Lahirnya buku ini, karangan Muhammad Muhyiddin yang berasal dari Boyolali, Indonesia sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa menghilangkan kegusaran dan kemusykilan anak-anak. Buku ini memuatkan 48 pertanyaan yang acap kali ditanya anak-anak berkaitan tauhid dan alam ghaib. Penulis membahagikan buku kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama adalah 27 soalan mengenal Allah. Mempertahankan akidah dan mentauhidkan Allah itu adalah perjuangan yang tidak akan selesai hingga hujung nyawa. Ibu bapa lah yang perlu berusaha keras memainkan peranan menanam iman kepada Allah dalam diri anak-anak. Analogi yang digunakan oleh penulis memudahkan lagi kefahaman pembaca.

Bahagian kedua pula mengumpulkan 21 pertanyaan berkaitan makrifat tentang alam ghaib. Alam ghaib adalah sesuatu yang tidak keterlihatan disebabkan oleh keterbatasan pancaindera kita, tetapi boleh dibuktikan dengan pemikiran dan pemahaman. Penulis menghuraikan satu persatu pertanyaan dilengkapi dengan dalil Al-Quran bagi memantapkan lagi pemahaman pembaca. Catatan bagi ibu bapa juga terselit disetiap pertanyaan agar pembaca tidak buntu dalam menjawab soalan-soalan spontan daripada anak-anak.
Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Noorul Farina Bt. Arifin, Pustakawan Kanan

Print   Email