School Of Rock

School Of Rock

Image
' School Of Rock [video recording] ' - Paramount Pictures presents a Scott Rudin production, a Richard Linklater film ; produced by Scott Rudin ; written by Mike White ; directed by Richard Linklater

ISBN   : MED0000421(Local)
Penerbit  : Hollywood, Calif. : Paramount, 2003
No. Panggilan : dvd PN1997.2 .S34 2003
Tahun diterbitkan : 2003
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=10463
Mengisahkan Dewey Finn yang menjadikan muzik rock and roll sebagai sebahagian daripada hidupnya, tetapi malangnya ahli kumpulan dan peminatnya yang lain tidak menghargai bakatnya. Dia dipecat dari kumpulan setelah satu insiden yang memalukan dimana semasa persembahan dia terjun ke arah penonton dan mereka tidak menyambutnya. Selepas itu kehidupannya semakin teruk dan secara tidak sengaja satu panggilan telefon yang tersilap telah mengubah nasib hidupnya. Dia mengambil peluang daripada panggilan tersebut untuk menyamar sebagai seorang guru walaupun dia tidak tahu apa-apa mengenai tugas guru. Disaat inilah Dewey menyedari ada dikalangan pelajarnya yang sangat berbakat dalam muzik dan dia memutuskan untuk mengajar mereka tentang muzik rock and roll. Mereka menubuhkan sebuah kumpulan dan menyembunyikan kegiatan mereka dari sekolah dan ibubapa. Pada kemuncaknya mereka berusaha sehingga dapat memasuki pertandingan ‘Battle Of The Band’ walaupun pada akhirnya mereka kalah dan kesalahan mereka terbongkar, tetapi segala usaha mereka disanjung tinggi oleh semua pihak.

Jika anda berminat anda boleh menonton filem “The School of Rock” di Unit Media Perpustakaan UMP Pekan.
Image
Ulasan buku oleh:
En. Hairilamri Bin Ibrahim, Pembantu Pustakawan

Print   Email