Detoksifikasi Tubuh & Manfaat Puasa

Detoksifikasi Tubuh & Manfaat Puasa

Image

Detoksifikasi Tubuh & Manfaat Puasa’  –  Prof. Dr. H. Hardinsyah, Ms

ISBN   : 978-967-444-163-0
Penerbit  : AM Synergy Media Sdn Bhd
No. Panggilan : BP184.5 .H37 2013
Tahun Diterbitkan : 2013
Muka Surat  : 103
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=74123#
Sebuah buku diterbitkan dengan matlamat untuk memberi penerangan kepada masyarakat, tidak perlu bersusah payah mengikuti program detoksifikasi yang hanya menghabiskan wang untuk membersihkan toksin dari dalam tubuh badan. Cukup dengan menjalani ibadah puasa, kita boleh membersihkan kembali fikiran, tubuh dan jiwa. Setiap hari tubuh kita terdedah kepada toksin (racun) , baik dari sisa metabolisme tubuh, pengambilan makanan dan minuman serta udara tercemar. Toksin yang berkumpul di dalam tubuh jika tidak dikeluarkan boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, angin ahmar (strok), kencing manis dan kanser. Detoks atau detoksifikasi ialah proses membersihkan toksin dari dalam tubuh. Puasa merupakan salah satu cara yang paling lama digunakan dalam sejarah, paling selamat dan berkesan. Apabila berpuasa dijalankan dengan niat dan cara yang betul, secara semula jadi kita telah menjalani proses detoksifikasi dengan membuang semua “sampah” iaitu toksin dari tubuh.

Dalam isi kandungan buku ini, pengarang mengasingkan beberapa bab bagi mengupas dan memterjemahkan berkenaan tajuk yang dilontarkan, supaya memberi pemahaman kepada pembaca keperluan Detoksifikasi Tubuh dan Manfaat Puasa .Dalam bab 2, Mahatma Ghandhi, ada berkata, “Fasting will bring spiritual rebirth…the light word will illuminate you when you fast and purify yourself”. Doktor Herbert ahli psikologi dari Havard Universiti telah mengikuti pengajian berkenaan dengan pengaruh puasa terhadap keadaan mental dan daya ingatan Levanzim. Secara kesimpulan dalam hasil kajian itu, setelah berpuasa selama 31 hari, daya ingatan masih keadaan normal, tidak ada kesan buruk , dari berpuasa terhadap keadaan mental dan daya ingatannya.

Oleh itu, buku ini menghuraikan dengan lengkap mengenai selok-belok berpuasa sebagai salah satu cara detoksifikasi yang murah dan berkesan, tips-tips untuk mengatasi kesan yang kurang selesa kepada tubuh selepas berdetoks, tips detoks sambil menjalani ibadah puasa dan resepi makanan dan minuman berkhasiat yang boleh diamalkan ketika berdetoks.
Image
Ulasan buku oleh:
En. Zairi bin Ibrahim, Pembantu Pustakawan Kanan

Print   Email