Sains dan Solat

Sains dan Solat

Image

Sains dan Solat’  –  Hj Abdul Rahman bin Mohd Adil

ISBN   : 978-967-0156-95-8
Penerbit  : Pustaka Azhar
No. Panggilan : BP178. S25 2012
Tahun Diterbitkan : 2012
Muka Surat  : 292
URL efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=65555&query_desc=kw%2Cwrdl%3A%20sains%20dan%20solat
Solat yang Allah wajibkan atas kita adalah ibadah paling tinggi. Terlalu banyak hikmah, kelebihan dan keindahan dalam ibadah solat. Bentuk dan struktur tubuh manusia yang Allah ciptakan, mengandungi sistem tulang, sistem otot, sistem saraf dan pelbagai sistem-sistem saling mempengaruhi antara satu sama lain. Menerusi gerakan-gerakan dalam rukun solat, kita akan menemui pelbagai hikmah yang ada di dalamnya.

Buku ini antara buku terbaik kita jadikan sebagai rujukan dalam menjalani hidup sebagai seorang mukmin. Selain menerangkan kaedah pergerakan dan memperbetulkan kedudukan solat, penulis menghuraikan hikmah dan mukjizat kedudukan dalam solat beserta rujukan dalil dan hadis sahih. Dari sekecil-kecil pergerakan seperti mengangkat tangan ketika takbiratulihram hingga sebesar-besar pergerakan seperti gerakan rukuk dan sujud, solat bukan sahaja menerapkan nilai spiritual dan disiplin, solat berperanan memperbaiki sistem tubuh, memberi kesegaran, perawatan dan bermacam hikmah yang tersembunyi. Dengan kata lain, seseorang yang menunaikan solat dengan sempurna diibaratkan sebagai sebuah mesin yang memperbaiki semula struktur tubuh dirinya dari segi rohani dan jasmani di hadapan pencipta-Nya. Maha suci Allah yang mengetahui sebab-sebab kerosakan manusia serta cara memperbaikinya.
Image
Ulasan buku oleh:
Mohammad Dzulazlan bin Azha, Pembantu Pustakawan

Print   Email