Keagungan azan : perbahasan azan secara lengkap

Keagungan azan : perbahasan azan secara lengkap

Image
Keagungan azan : perbahasan azan secara lengkap ’- Muhammad Ar-Ramli, Hasan

ISBN : 978-967-5102-90-5
Penerbit : Berlian Publication Sdn. Bhd
No. Panggilan  : BP161.3 A77 2008
Tahun Diterbitkan : 2008
Muka Surat : 313
URL Efind  : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=42108

Buku Keagungan Azan (Perbahasan Azan secara lengkap) yang mengandungi 313 muka surat terbitan Belian Publication sdn. Bhd yang di tulis oleh Hasan Bin Muhamad Ar-ramli membawa pembaca kepada kupasan dan pencerahan  tentang betapa agungnya pensyariatan Azan di dalam Islam.

Penulis telah menghimpun bahan bahan dari sebilangan kitab dan teristemewa dengan kehalusan uslub dan kesahihan ibarat, mentakhrij hadis hadis tidak terbatas kepada bahan fiqhiyah sahaja. Buku  ini juga menerangkan kepada pembaca akan hukum-hukum azan & Iqamah sunat dan adabnya serta faedah yang berkaitan dengannya.

Penulis juga mendedahkan pembaca mengenai kesalahan - kesalahan dan bidaah-bidaah dalam azan. Kupasan  yang bersifat sederhana dan mudah difahami  boleh memberi faedah dan kefahaman yang jelas  kepada setiap insan yang membacanya terutama kepada umat islam.

Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Rohana Binti Mat Said, Pembantu Pustakawan Kanan

Print   Email