Rahsia tokoh yang berjaya

Rahsia tokoh yang berjaya

Image
' Rahsia tokoh yang berjaya ' - Aidh Abdullah Al-Qarni ; editor: Mohd Puzhi bin Usop

ISBN   : 9789830998138; 9830998134
Penerbit  : Al-Hidayah Publishers, 2008
No. Panggilan :BP190.5.L4 Q37 2008 k
Tahun diterbitkan : 2008
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=81314
ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa begitulah yang ingin disampaikan oleh penulis buku Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni bertajuk RAHSIA TOKOH YANG BERJAYA.

Bagi seorang yang dinamik dan kreatif, halangan dan cabaran itu adalah alat pendorong untuk mencapai kemajuan, bukan alasan untuk tidak berusaha. Seseorang yang mempunyai cita-cita perlukan perjuangan. Perjuangan itu pula perlukan pengorbanan dan pengorbanan itu perlukan kekuatan hati.

Dalam penulisan buku ini banyak berkongsi langkah orang-orang berjaya. Antara yang dikongsi adalah setiap perbuatan pasti ada niatnya. Maka niatkanlah segala perbuatan demi kebaikan, demi kemaslahatan orang lain.

Buku ini juga mengajak kita supaya bersemangat dan mengenali siapakah diri kita sendiri. Dalam kehidupan kita yang ingin menjadi seorang tokoh yang berjaya perlulah kita mengambil sifat-sifat terpuji seorang pendakwah, ciri-ciri akhlak terpuji seorang mufti, dan ciri-ciri seorang guru yang berjaya.

Oleh itu, banyak kerugian sekiranya kita tidak menyelongkar dan memiliki kehebatan buku ini yang banyak manfaat dan boleh diamalkan sebagai suatu rutin dalam kehidupan kita untuk kita menjadi seorang tokoh yang Berjaya.
Image
Ulasan buku oleh:
En. Mohd Azfarshah Azizan , Pembantu Pustakawan Kanan

Print   Email