Menjadi kaya dengan rezeki yang diberkati Allah

Menjadi kaya dengan rezeki yang diberkati Allah

Image
' Menjadi kaya dengan rezeki yang diberkati Allah ' - penyusun, Muhammad Ali Imran

ISBN   : 9789675586262
Penerbit  : Mulia Terang, 2012
No. Panggilan :BP190.5.W4 M46 2012
Tahun diterbitkan : 2012
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=60363
Buku menjadi kaya dengan rezeki yang diberkati Allah ini memberi peingatan kepada kita bahawa kekayaan tidak membawa sebarang erti tanpa ada keberkatan di dalamnya. Ayat-ayat al-Quran menjelaskan bahawa bekerja adalah tugas serta tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan dan juga merupakan satu ibadah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah ialah kita mestilah sentiasa bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah, belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah dan berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dalam kehidupan seharian. Di dalam buku ini penulis ada menerapkan cara-cara memperoleh rezeki melalui amalan selawat, zikir, doa dan aurad Asma Allah.

Meskipun Allah S.W.T telah menetapkan rezeki untuk setiap makhluk yang ada di muka bumi ini, namun sebagai hamba-Nya, kita dituntut untuk berusaha bagi memperoleh rezeki yang berkat. Dengan adanya keberkatan, rezeki yang sedikit akan dirasakan sentiasa sahaja mencukupi.

Akhir sekali, buku ini amat sesuai dibaca bagi mendalami ilmu buat membuka pintu rezeki untuk kenikmatan hidup di dunia dan amalan-amalan itu boleh kita amalkan dengan dasar iman, ilmu, taqwa dan tawakkal kepada Allah S.W.T.
Image
Ulasan buku oleh:
En. Izuddin Bin Izhab @ Baharom, Juruteknik Komputer

Print   Email