Hang Tuah : wira Melayu

Hang Tuah : wira Melayu

Image
Hang Tuah : wira Melayu / diselenggarakan oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusoff Hashim ’
ISBN  : 9789832600305
Penerbit : Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia
No. Panggilan : PL 5180 .H31 H36 2008
Tahun diterbitkan : 2008
Muka surat : 124
URL efind  : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=81255&query_desc=kw%2Cwrdl%3A%20hang%20tuah
Nama Hang Tuah bukanlah asing kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Tokoh ini digambarkan sebagai pahlawan Melayu yang hebat, cerdik, berani dan sangat setia kepada sultan. Malah, pelbagai gambaran dan jolokan diberikan kepada Hang Tuah sehingga dikatakan kebolehan dan keistimewaannya sukar diukur dengan kebolehan manusia biasa.

Buku ini merupakan hasil koleksi tujuh kertas kerja yang telah dibentangkan pada Seminar Hang Tuah – Wira Alam Melayu pada 25 Mei 2006. Seminar ini bertujuan membahas dan menilai semula ketokohan Hang Tuah dalam sejarah Melaka dan alam Melayu. Penulis membuka lembaran buku ini dengan prolog dan mukadimah hasil gabungan kesemua kertas kerja agar pembaca dapat menggambarkan secara ringkas isi kandungan buku ini.

Hang Tuah diceritakan di dalam buku ini dengan mengambil rujukan dari dua buah teks yang terkenal iaitu Sejarah Melayu (SM) dan Hikayat Hang Tuah (HHT). Penulis menceritakan perbezaan antara kedua-dua buah teks ini tentang Hang Tuah. Hang Tuah juga diceritakan daripada perspektif Brunei dan Indonesia yang melihat Hang Tuah sebagai wira bangsa Melayu yang tersohor, gagah, bijaksana dan taat setia kepada sultan. Di dalam buku ini juga diceritakan tentang peranan Hang Tuah dalam memartabatkan Bahasa Melayu serta mempunyai keunggulan peribadi Melayu. Penulis turut menyatakan sumber bagi setiap coretan agar pembaca dapat mengetahui dari mana sumber yang digunakan bagi menggambarkan keperibadian Hang Tuah.

Walaupun banyak coretan sejarah serta bahasa melayu lama yang turut digunakan, buku ini wajar dibaca oleh para pelajar samada di sekolah atau di peringkat pengajian tinggi. Malah, golongan pendidik dan orang awam juga boleh membaca buku ini untuk mengetahui fakta dan mitos terhadap Hang Tuah. Hang Tuah nama yang tidak ditelan zaman. Daripada kesemua tujuh kertas kerja yang telah dibentangkan, telah dipersetujui bahawa.

“Hang Tuah adalah wira Melayu”
Image
Ulasan buku oleh:
Cik Rosfadilla Mohamad Zainun, Penolong Pustakawan

Print   Email