Tavelog Cinta Abadi

Tavelog Cinta Abadi

Image
Tavelog Cinta Abadi ’ – Roza Roslan
ISBN  : 9789673662524
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd
No. Panggilan: BP166.7 .R69 2010
Tahun diterbitkan: 2010
Muka surat : 272
URL efind: http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=44849
Travelog Cinta Abadi : Masa yang berlalu bukanlah sebuah novel khayalan atau imiginasi kreatif. Ia adalah secalit warna-warna kehidupan yang telah dialami penulis. Cuma bezanya, dulu ia berlalu tanpa tafsiran nyata tentang hakikat kehidupan yang pernah dilaluinya.

Travelog Cinta Abadi : Masa yang berlalu adalah sebuah autobiografi yang ‘tawaduk tapi mesra’ dan berupaya mengusik sukma pembacanya. Keistimewaan Travelog Cinta Abadi : Masa yang berlalu ini terletak pada cara setiap kisah yang digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah penulis dan juga beberapa insan tersayang disisinya.

Buku ini menceritakan tentang sebuah perjalanan kehidupan suka duka penulis yang adakala ketika membacanya, seolah-olah kita teringat kenangan lama bersama keluarga. Penulis juga berjaya membuatkan kita merasai kehidupannya. Buku ini sangat sesuai sebagai bahan bacaan motivasi bagi semua golongan yang sentiasa menyedarkan kita supaya sentiasa mengingati Allah tidak kira dalam apa jua keadaan. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai sempadan dan teladan dalam menjalani kehidupan seharian yang sentiasa penuh dengan cabaran.
Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Nor Nadia Shahida Binti Zakria, Pembantu Pustakawan

Print   Email