365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

Image
365 Tip Sihat Gaya Rasulullah ’ - Mohammad Ali Toha Assegaf
ISBN : 9789833372713
Penerbit : PTS Millennia
No. Panggilan : BP166.72 .T64 2010
Tahun diterbitkan : 2010
Muka surat  : 138 muka surat
URL efind  : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=55267
Buku yang bertajuk 365 tip sihat gaya Rasulullah menceritakan mengenai tips-tips ringkas yang merumuskan panduan gaya hidup sihat yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui rutin harian kehidupan baginda.

Berdasarkan penceritaan dan gaya bahasa yang digunakan pengarang, beliau mengolah dengan santai dan bersahaja serta mudah difahami oleh pembaca. Buku ini amat jelas penerangan dan penceritaanya dengan memberikan sebanyak 365 tips yang mudah diamalkan dalam kehidupan seharian. Tips yang dikongsi dalam buku ini, boleh dipercayai kerana setiap isi kandungan adalah bersandarkan al-Quran dan hadis serta pendapat-pendapat ulama. Oleh itu, buku ini amat baik dan boleh dijadikan panduan dalam usaha kita menjaga kesihatan setiap hari.
Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Nurezzatul Akmal Binti Salleh, Pembantu Pustakawan

Print   Email