Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti dalam Kenangan

Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti dalam Kenangan

Image
' Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti dalam Kenangan ' - Akademi Intelektual Muda (AIMs)

ISBN : 978-967-411-658-3
Nombor Panggilan : BP70 .I43 2015
Penerbit : PTS Media Group Sdn Bhd
Tahun Diterbitkan : 2015
Muka Surat : 136
URL : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=91664
Sebuah buku bertajuk Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti dalam kenangan ialah sebuah rekod yang mampat dan ringkas berkenaan seorang ulama kontenporari berasal dari Syria bumi para anbiya yang tiada tandingannya pada zaman ini. Buku ini ditulis oleh tiga orang pengarang yang megkaji tentang sejarah Syeikh Prof. Dr. Mohamed Said Ramadan Al-Bouti.

Selain Manqib dan keperibadian beliau buku ini juga membahaskan tentang pemikiran beliau yang dianggap kontrovesi bagi yang gagal memahami manhaj pemikiran beliau. Sehinggakan para pentaksud keganasan yang menggunakan nama menegakkan “Kerajaan Islam’ telah melakukan pengeboman di Al Masjid al-Iman, Damsyik Pada 21 Mac 2013 ketika beliau sedang mengajar dan menyebabkan beliau syahid. Semoga Allah merahmati,  mengampuni dan meninggikan darjat beliau.

Buku ini juga membahaskan tentang cara dakwah, politik dan jihad islam melalui pendirian Syeikh Mohamed Said Ramadan Al-Bouti.

Kesimpulannya buku ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengenali lebih dekat tentang perjalanan hidup, keperibadian, pemikiran, kerja-kerja ilmiah, dakwah, politik dan tazkiah yang ditunjukkan oleh As Syahid Prof. Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti. Semoga Allah s.w.t memberi taufik kepada kita untuk mengenali ulamak rabani yang telah meninggalkan kita dan sangat beruntung bagi mereka yang telah sempat mengambil istifadah dan ilmu daripada beliau. Dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan”. (HR Bukhari No: 98)
Image
Ulasan buku oleh:
En. Muhammad Hanafiah Bin Abd Aziz, Pembantu Pustakawan

Print   Email