Ketika Azazil berputus asa

Ketika Azazil berputus asa

Image
' Ketika Azazil berputus asa ' - Hadi Fayyadh

ISBN   : 9789671427613
Penerbit  : Iqes Tijarah Trading, 2017
No. Panggilan :PL5139.H33 K48 2017 fic
Tahun diterbitkan : 2017
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=70427
Novel Ketika Azazil Berputus Asa ini sangat memberi pengajaran dan peringatan bahawa kiamat itu pasti akan terjadi. Sebelum terjadinya kiamat, pasti ada tanda-tanda besar yang akan muncul seperti Dajjal dan turunnya Imam Mahdi dan Nabi Isa. Itulah antara yang dikisahkan di dalam novel Islamik ini.

Novel ini merupakan novel fiksyen yang direka ceritanya berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Menceritakan tentang suasana akhir zaman yang sedang berlaku dan sememangnya pasti akan berlaku pada suatu masa nanti. Cuma kita belum pasti bila dan situasi itu.

Beberapa lagi fakta yang diketengahkan dalam novel ini berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, contohnya daripada Anas bin Malik. Secara kesimpulannya, kemunculan Dajjal pasti berlaku. Persoalannya, kuatkah iman kita untuk menghadapi semua fitnahnya? Semasa kemunculan Dajjal, kita akan diuji dengan kemarau yang sangat panjang sehingga tiga tahun lamanya. Waktu ini sudah tiada bekalan lain selain amal dan zikir.

Jadi, adakah iman kita cukup kuat menghadapi ujian ini? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Sebab itu kita disuruh untuk mengamalkan surah Al-Kahfi, sekurang-kurangnya 10 ayat. In shaa Allah kita akan terhindar daripada fitnah Dajjal. Banyakkanlah melihat kepada hadis-hadis yang berbentuk futuralistik bermula dari sekarang.

Image
Ulasan buku oleh:
En. Mohd Amirul Mohd Amin, Pembantu Pustakawan Kanan

Print   Email