The other side of the coin

The other side of the coin

Image
' The other side of the coin ' - Aiman Azlan, Ameen Misran

ISBN   : 9789673692859
Penerbit  : Puteh Press, 2014
No. Panggilan :BF637.S4 A36 2014
Tahun diterbitkan : 2014
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=91675
Buku The Other Side of Coin telah mengupas topik yang berkait rapat dengan setiap individu seperti identiti, cinta, pendidikan, komuniti, harga diri dan juga puisi tetapi menurut perspektif berbeza iaitu lebih dari satu sisi seperti duit syiling! Topik yang dibincangkan telah mengajak pembaca untuk melihat sesuatu dalam hidup dengan cara yang berbeza. Melihat dan membantu pembaca berfikir dari sudut lain. Ianya sesuai sebagai refleksi diri atau peringatan yang baik untuk masyarakat.

Buku ini sangat sesuai bagi golongan remaja dan dewasa kerana membincangkan banyak aspek dalam kehidupan dengan cara yang ringan. Ia tidak memerlukan anda mempunyai banyak pemikiran, tetapi hanya mengikuti arus dan meraikan pendapat melalui pembacaan. Selain dari itu, ada suatu perkara menarik tentang buku ini di mana dua pengarang membincangkan masalah yang sama tetapi kedua-duanya mempunyai gaya penulisan yang berbeza dalam konteks mereka. Secara peribadinya, perspektif Aiman Azlan tampak lebih mudah difahami  berbanding pandangan Ameen Misran.

Secara keseluruhan saya menyukai niat penulis untuk menyebarkan peringatan yang baik.
Image
Ulasan buku oleh:
Cik Sharifah Nazirah Syed Omar, Librarian

Print   Email